ani_bluline.gif (11170 bytes)ani_globe.gif (25224 bytes)  PIAGAM   ani_globe.gif (25224 bytes)

ani_bluline.gif (11170 bytes)

PIAGAM SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BUNUT

Kami guru-guru, pekerja (warga) Sekolah Kebangsaan Seri Bunut dengan penuh tekad,
iltizam dan keinsafan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha untuk:-

1. Memastikan semua kanak-kanak dan pelajar mendapat tempat belajar     mulai hari pertama sesi persekolahan baru dimulakan hingga tamat di tahun enam dengan memperolehi kejayaan di Peperiksaan UPSR.

2. Menentukan setiap kanak-kanak atau pelajar mendapat pembelajaran dengan berkesan, selesa dan penuh keyakinan.

3. Memastikan kami sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan keperluan pelanggan, murid, ibu bapa, masyarakat, pejabat pendidikan (daerah dan negeri) serta negara.

4. Memberi layanan mesra, perkhidmatan cekap dan jawapan segera kepada semua pelanggan yang berurusan dengan sekolah.

5. Bersedia bekerjasama dengan ibu bapa , masyarakat , jabatan-jabatan kerajaan , badan berkanun dan swasta atau sesiapa sahaja untuk kebaikan kanak-kanak/pelajar dan sekolah.

6. Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pendapat , cadangan syor dan teguran membina daripada semua pihak dengan mempertingkatkan prestasi perkhidmatan , kecemerlangan akademik dan sahsiah individu.

ani_colorbar.gif (4491 bytes)

MAKLUMAT SEKOLAH MENU UTAMA